Andrew Impungan @ Othoe : DJ SuriaFM

Suatu ketika dahulu, saya kenal dengan Othoe di St.John's Church, Tuaran. Ketika itu saya giat dengan aktiviti kerohanian di sekolah. Seperti orang lain, banyak pengalaman serta ramai orang baru yang akan dikenali jika aktif melibatkan diri walau apa pun jua aktiviti terutamanya aktiviti yang sedikit terdedah kepada umum @ orang ramai. Begitu juga dengan saya, dengan mengaktifkan diri dalam aktiviti kerohanian ini, saya sempat berkenalan dengan beberapa belia dari daerah Tuaran seperti beberapa ahli kumpulan Papier Mache dan juga Othoe atau Andrew Impungan.
Othoe atau nama penuhnya Andrew Impungan merupakan salah seorang yang aktif bertugas sebagai juruacara atau pengacara atau emcee di merata tempat. Pendek kata, beliau yang saya kenal dulu pernah mengacarakan majlis-majlis seperti majlis perkahwinan, konsert yang melibatkan artis af dan banyak lagi.. terakhir kali saya jumpa dengan beliau adalah pada tahun lalu di Penampang New World.. di salah sebuah pub&karaoke yang tidak kurang hebatnya di kalangan peminat karaoke sekitar Donggongon. Beliau mengacarakan pertandingan Mipulos atau gusti tangan yakni acara mingguan premis tersebut. Namun dengan pengalaman berkecimpung di dalam bidang ini selama beberapa tahun, ianya telah membuahkan hasil yang sangat berguna iaitu dengan menjadi salah seorang orang penting di dalam bidang penyiaran negara iaitu dengan bertugas sebagai DJ SuriaFM bermula 04 Ogos 2008 lalu.
Gambar di bawah merupakan gambar yang diambil daripada blog DJ Zaff di SuriaFM. Gambar tersebut merupakan gambar pelancaran baju korporat SuriaFm pada 20.08.08.

Ehsan SuriaFM

0 Ideas: