How to Reduce Camera Shake

Hello.. :) Terlalu lama blog ini tidak di update gara-gara fokus kepada blog lain . :) [walaupun pada hal sebenarnya, blog lain tersebut pun jarang di update juga]. Memandangkan terdapat 2 photoblog saya, mungkin ada baiknya saya buat sedikit pembaharuan di sini. Pembaharuan tersebut, cenpictures.blogspot.com ini akan saya jadikan sebagai tempat untuk saya meletakkan sedikit pengetahuan tentang kamera, tips dan sebagainya, dan sebagai permulaannya..Teknik - teknik untuk Mengurangkan Gegaran Kamera apabila memegang lensa kamera ketika mengambil gambar dengan aperture dan shutter speed yang rendah. Tips ini amat penting untuk bagi mendapatkan gambar yang tidak blurr, jelas dan cantik.
Pentingnya VR (Vibration Reduction), IS (Image Stabilization) atau Steady Shot Function pada kamera adalah untuk mengurangkan kesan blurr pada kamera amnya. Jika anda adalah seseorang yang amat suka dan minat malah fokus kepada kamera untuk suka-suka atau secara serius, perkara yang amat penting adalah membeli kamera yang mempunyai fungsi-fungsi diatas. Ini adalah amat penting dan sesuai jika memasang lensa kamera yang lebih panjang [berat]. Berbaloi harga kamera tersebut dengan adanya fungsi ini. :)
Teknik - teknik tersebut :

1. Siku Bertemu Siku [
Elbows In]

2. Bahu Kiri Dinaikkan [
Raise Your Left Shoulder]

3. Jadikan Lutut Kaki sebagai
Tripod [Create a Tripod With Your Knee]

4. Mengambil Gambar Dengan Cara Meniarap ke Lantai [
Lay Down]

5. Memegang Kamera seperti Memegang Senapang [
The Machine Gun Hold]


6. Dukung Kamera [
Cradle It]

7. Letakkan Kamera Tersebut di Atas Meja, Lantai @ Apa-apa Benda Yg Rata sebagai Tripod.
I don't have this photo.. :)

Gegaran pada kamera biasanya berlaku kerana tangan kita yang tidak dapat menampung beban berat kamera + lensa yang kita gunakan. Sekiranya anda seorang yang kerap menggunakan kamera secara serius, latihan atau senaman tangan amatlah berguna bagi membantu anda mendapatkan gambar yang amat cantik dan tidak kabur [blurr]. Selain itu, latihan pernafasan semasa mengambil gambar juga tidak kurang pentingnya disini. Degupan jantung apabila tidak dikawal semasa mengambil gambar memberikan kesan yang tidak memuaskan. Sepanjang saya mengambil gambar, memang agar sukar juga mau tahan nafas ni.. habis sahaja acara penggambaran, barulah rasa penat itu keluar namun satu yang tidak dinafikan.. gambar yang diambil tu, kalau bukan perfect.. memuaskan hati, menyedapkan pandangan mata setiap yang memandang. :)

Info diatas adalah ehsan daripada Digital Photography School.

3 Ideas:

-Gina G- said...

Punya sia suka ni post hehe, bagus ni untuk photoG amatur cam sia wahahaha...bagus pirut bagus!

henrychiah said...

Thx for this post ... i remind me on my daily posture ... happy bloging

Pirut said...

gina g : hehe.. gina, i am also a an amateur too.. :) tima kaci..

henrychiah : thank you sir for being at here.. :) thanks for that words.. :)